top of page
Writer's pictureAdmin

Batu Kristal Di Gunung Keriang

Gunung Keriang merupakan tempat paling tepat untuk dikunjungi kerana terdapat lebih daripada 100 jenis batu kristal atau lebih dikenali sebagai 'batu bunga' terdapat di situ. Orang ramai juga mempunyai pilihan sama ada mahu membelinya di gerai biasa atau deretan kedai dan harganya pula bergantung kepada kepandaian pengguna untuk menawarnya dengan pembeli. Dibuka sejak enam tahun lalu, gerai-gerai di sini memberi rezeki kepada penduduk setempat dengan penjualan batu kristal.


Batu Kristal

 


Nukilan Bersama Mak Tijah


Nama : Tijah Binti Yaacob

Umur : 72 Tahun

Pekerjaan : Perniaga Batu Kristal




Menurut Pn.Tijah, beliau merupakan penetap di Kampong Gunung Keriang. Beliau menceritakan bahawa asal gunung tersebut adalah daripada kapal. Ada yang menyatakan bahawa seorang bernama Kelembai telah menegur batu tersebut sehingga terjadilah batu kata Pn Tijah. Kesemua batu-batu pada masa dahulu merupakan tempat raja bersanding dan juga dikatakan bahawa raja sekali yang sedang bersanding menjadi batu.

Beliau juga menceritakan asal usul batu Kristal

adalah darpada baja tanah yang dibaja. baja itu kelihatan berwarna hitam kemerah-merahan. Pada masa itu, batu tersebut belum tahu ada nilainya. Mereka mendapati batu itu bernilai dan elok setelah mereka membasuh batu tersebut sehingga ada yang mahu membelinya.


Bagi pelancong pula, Pn. Tijah menyatakan mereka membeli atau memborong batu Kristal untuk berniaga. Beliau sebagai berniaga batu Kristal kadang kala menjual harga yang murah. Harga batu Kristal yang biasa berharga Rm 3, Rm 4 ke atas.



Nukilan Bersama En.Mahadi

Nama : Mahadi Bin Mat Akhir

Umur : 53 Tahun

Pekerjaan : Pencari dan Penjual Batu Kristal





Menurut En. Mahadi, tapak Gunung Keriang adalah laut dan gunung itu sendiri merupakan sebuah kapal yang telah disumpah oleh Sang Kelembai sehingga menjadi sebuah gunung. Beliau juga mengatakan pada zaman dahulu orang kampung boleh pinjam pinggan mangkuk untuk membuat kenduri,



374 views0 comments

Recent Posts

See All

コメント


bottom of page