top of page

Mitos Gunung Keriang

  • Writer: Admin
    Admin
  • Feb 1, 2020
  • 2 min read

Gunung Keriang Lagenda puteri disumpah. Gunung Keriang yang lebih dikenali dengan nama lain 'Mount Caves' adalah satu artifak pra-sejarah silam yang mengandungi pelbagai misteri dan khazanah berharga di dalamnya. Gunung Keriang juga dikenali sebagai Bukit Gajah bagi masyarakat Cina.


Asal usul Gunung Keriang ini diambil bersempena dengan cerita mitos yang terjadi sebelum ini. Menurut pendapat orang-orang tua dahulu, gunung ini berasal daripada sebuah kapal yang membawa pengantin diraja iaitu seorang puteri. cerita mengenai Gunung Keriang bermula apabila ada makhluk aneh dan mistik bernama Sang Gedembai yang telah jatuh cinta terhadap puteri raja. Namun, lamarannya untuk berkahwin dengan puteri raja tersebut telah ditolak dan hal ini menyebabkan Sang Gedembai berasa marah dan tercabar.


Sang Gedembai merupakan makhluk yang

mempunyai kuasa sakti dan disifatkan mempunyai

tubuh badan yang tinggi dan besar. Sang Gedembai dikatakan tinggal di sebuah hutan dan berkuasa untuk menyumpah sesiapa sahaja yang dikehendakinya

menjadi batu. Kemarahan Sang Gedembai terhadap puteri raja sudah sampai ke kemuncaknya apabila dia sanggup menyumpah puteri raja menjadi batu. Sewaktu peristiwa itu berlaku dikhabarkan sebuah kapal sedang membawa Pengantin Diraja iaitu puteri raja tersebut berlayar ke suatu tempat.


Selain itu, di dalam Gunung Keriang juga terdapat sebuah gua yang dipercayai terdapat peninggalan serpihan-serpihan pinggan yang amat banyak kepunyaan tuan puteri raja. Penemuan tersebut menguatkan mitos yang diceritakan oleh orang-orang yang terdahulu.


Bukti yang menunjukkan Gunung Keriang berasal daripada sebuah kapal adalah bersumberkan kepada penemuan tali panjang sebesar lengan yang dipercayai tali sebuah kapal. Tali ini bersambung pada sauhnya yang ikut terkena sumpahan sang gedembai itu.Terdapat juga batu yang berbentuk serombong kapal yang berlubang atau berongga di tengahnya. Terdapat juga batu-batu yang menyerupai manusia, kelihatan berpakaian seperti pengantin Cina bersanggul lintang. Dipercayai itulah puteri yang terkena sumpahan.


Ada yang mengatakan bahawa gunung ini berasal daripada sebuah pulau yang mengandungi banyak pokok keriang, lalu diberi nama 'Gunung Keriang'. Tanda-tanda yang menunjukkan gunung ini berasal daripada sebuah pulau berdasarkan kepada terdapatnya kulit-kulit kerang dan kepah di sekitar gunung ini. Terdapat beberapa gua di dalam gua Gunung Keriang ini seperti Gua Sanggul, Dataran Buaya, Gua Komunis dan lain-lain.





コメント


  • Facebook
  • Instagram

PENASIHAT & KETUA EDITORIAL :

ENCIK ANUAR BIN AYOB

PEN.PENASIHAT & TIMBALAN KETUA EDITORIAL :

CIK ASLINA BINTI MOHD JAINAL

KETUA PENERBITAN :

NUR HASNAH SUHAIDA BINTI MOHD YUSOFF

PENERBITAN BUKU :

NUR HASNAH SUHAIDA BINTI MOHD YUSOFF

FATIN FARHANA BINTI ABU BAKAR

AINUR NELISSA NAJWA BINTI MASU'UD

LAMAN SESAWANG :

NADIATUL ATIKA BINTI BADRUL HISHAM

NUR FARIHA BINTI AZMAN

WONG SHU MEY 

FACEBOOK & INSTAGRAM :

NOR SURIANA BINTI OTHMAN

ROHAYATI A/P RAMLI

ANIS SOFIA BINTI MOHD RIFAIN

MOHAMMAD FAIZOL BIN MAT SALLEH

TEMUBUAL :

IRENE ANAK METING

NUR ANISYAH AMYIRA BINTI AZIS

NUR EFFARIANA BINTI SAROZEE

NUR HASLINDA BINTI HARUNARIFIN

PAPATER JEBA ANAK JIMBAI

 

FOTOGRAFI :

AHMAD NURUDDIN KHAN BIN MOHD NOR

INTAN NORMALISA BINTI MD ONTONG

RADIN IKHMAL BIN RADIN SAKTI

STANLEY LUKUM ANAK LINGGONG

AMAR AZZIZUDDIN BIN YAHYA

MOHD GHAZALI BIN COING

VIDEOGRAFI :

ALVIN ANGGANG EPOI

ALEXSON KEDIT ANAK GAWAN

MUHAMMAD HASANUDDIN BIN ABDULLAH

NINA ANAK DANCHECHAND @ EDWARD DUNCAN

UNIMAS

bottom of page