FSGK - UNIMAS
Etnografi Visual 2019-2020
Laman sesawang yang berpandukan kajian ilmiah dan berpelantarkan penerbitan ilmiah ini dibangunkan oleh 25 orang pelajar Seni Halus (Pengkhususan Fotografi), Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak di bawah penyeliaan En. Anuar Ayob selaku Penasihat dan Ketua Editorial, dan juga bimbingan daripada Cik Aslina Mohd Jainal selaku Timbalan Penasihat dan Timbalan Ketua Editorial, menerusi kursus Etnografi Visual. Hasil penerbitan ilmiah / akademik secara dalam talian ini diharap dapat memanfaatkan komuniti setempat, khalayak umum baik dari dalam mahupun luar negara, serta berfungsi sebagai sumber rujukan sama ada secara umum mahupun berbentuk akademik. Ia diharap dapat merealisasikan hubungan yang baik antara warga universiti dengan komuniti setempat dalam melahirkan graduan yang bersifat holistik dalam menyumbang ke arah pembangunan modal insan yang terpuji dan diyakini oleh masyarakat pada masa hadapan.