top of page
photo6194821929240733993-5.jpg

Kompleks itu dibangunkan pada 2014 selepas dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, 2012 dan kini premis ikonik pelancongan Kedah itu tersergam indah. Pekan rabu ini merupakan ikonik pelancongan Negeri Kedah dan begitu dekat dengan hati rakyat Kedah.

 

Pusat perniagaan ini dulunya berpindah sementara ke Ukir Mall dan kembali dibina semula di tempat asal  dengan bangunan yang serba moden. Pekan Rabu juga turut menyediakan kemudahan satu setengah parkir bawah tanah iaitu 203 unit ruang parkir kereta serta 118 parkir motosikal untuk kemudahan peniaga dan pengunjung.

Pekan Rabu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri kerana ia bemiliki konsep “One Stop Centre”. Di sini, terdapat 277 peniaga yang menjual pelbagai jualan seperti makanan, kuih, pakaian tradisional, tukang jahit, songkok, kraftangan tempatan, buku, kitab, majalah serta produk industri kecil dan sederhana (IKS).

Pekan Rabu juga salah satu tempat untuk mendapatkan makanan tradisional Melayu seperti serunding, dodol durian, kuah rojak dan garam belacan. Kompleks membeli-belah ini menjadi kebanggaan masyarakat Melayu di Kedah. 

bottom of page